Selasa, 11 Februari 2014

TUISYEN BAHASA INGGERIS SINTETIK FONIK @ AL HIDAYAH ELC

"TAHUKAH ANDA? ANAK ANDA MAMPU MENGUASAI BAHASA INGGERIS SEAWAL UMUR 4 TAHUN DAN SEBELUM UMURNYA 5 TAHUN, DIA SUDAH MAHIR MEMBACA. SIAPA TAK SERONOK MELIHAT ANAK-ANAK PANDAI MEMBACA?"

          Di Al Hidayah Early Learning Centre (ELC), kami menawarkan Tuisyen Bahasa Inggeris yang menggunakan Sistem Sintetik Fonik yang merupakan suatu kaedah 'cepat membaca' di mana kanak-kanak akan diperkenalkan kepada setiap huruf melalui bunyinya, kemudian huruf-huruf tersebut digabungkan sehingga membentuk bunyi perkataan dengan tepat dan mudah. Hasilnya, kanak-kanak yang diperkenalkan kepada sistem ini akan dapat membaca setiap buku Bahasa Inggeris dengan lancar seawal setahun selepas mengikuti program pembelajaran ini, yang bukan hanya terbukti berkesan malah sangat interaktif dan menyeronokkan!


KELEBIHAN TUISYEN BAHASA INGGERIS SINTETIK FONIK @ AL HIDAYAH ELC
  •  Kaedah & material pembelajaran yang menarik dan sistematik. (Flashcards, DVD, workbooks, plus lots of singing and bodily movement)
  •  Jumlah maksimum 15 pelajar/kelas bagi menggalakkan penyertaan kolektif dan pada masa yang sama dapat memberikan perhatian menyeluruh kepada setiap pelajar.
  • Guru yang berkebolehan dan sentiasa bersemangat serta mempunyai azam yang tinggi untuk melihat anak didik berjaya.

JADUAL WAKTU TUISYEN BAHASA INGGERIS SINTETIK FONIK @ AL HIDAYAH ELC

(WEEKDAYS) *KELAS BERMULA PADA 10 FEB 2014*
 Isnin (Monday)
  • 2.30 pm - 4.00 pm (4 - 6 tahun)
  • 4.00 pm - 5.30 pm (7 - 9 tahun)
Rabu (Wednesday)
  • 2.30 pm - 4.00 pm (4 - 6 tahun)
  • 4.00 pm - 5.30 pm (7 - 9 tahun)
(WEEKEND) *KELAS BERMULA PADA 14 FEB 2014*
Jumaat (Friday)
  • 9.00 am - 10.30 am (4 - 6 tahun)
  • 10.30 am - 12.00 pm (7 - 9 tahun)
Untuk makluman lanjut;
Sila hubungi, Pn Fadilah ( 019 7286407) atau layari, Facebook : Al Hidayah Early Learning Centre









Tadika & Taska Al-Hidayah Educare 2014

          Assalammulaikum dan salam sejahtera...Di harap anda semua sihat sejahtera bersama keluarga yang tersayang.  Sudah agak lama juga blog ini tidak di kemaskini, maklumlah sibuk sedikit.  Alhamdulillah Tadika & Taska Al-Hidayah pada tahun 2014 semakin bertambah selamat dan ceria untuk anak-anak, para pelanggan kami dan juga kepada para pekerja Al-Hidayah Educare sendiri.  Dengan pengubahsuaian dan sistem yang lebih baik...kami warga kerja Al-Hidayah akan meningkatkan usaha dalam mendidik, membimbing dan menjaga anak-anak anda semua.  Semoga segala usaha kami di Redha, di Berkati dan di Rahmati dari Allah s.wt.  Sekian Terima Kasih.

Jumaat, 1 November 2013

Bajet 2014: BANTUAN YUIRAN TASKA RM250 SEBULAN

Assalammulaikum dan salam sejahtera.  Berita baik kepada para pelanggan Tadika & Taska Al Hidayah Educare,  kerajaan telah mengumumkan bantuan yuran subsidi TASKA sebanyak RM250 sebulan kepada keluarga yang menghantar anak-anak mereka ke TASKA yang BERDAFTAR.  Sebelum ini iaitu pada tahun 2013, yuran subsidi yang maksimum yang telah di terima oleh pelanggan kami adalah sebanyak RM200 atau RM2400 setahun.  Pada pembentangan bajet 2014 kerajaan telah menaikkan subsidi yuran sebanyak RM250 sebulan,  dengan ini ianya dapat membantu meringan bebanan keluarga dalam kenaikkan harga barangan pada masa kini.  Sekian terima Kasih.

Rabu, 30 Oktober 2013

KEM CUTI SEKOLAH FIKRAH HSASNAH.

Assalammulaikum...dan Salam sejahtera diharap anda berada dalam keadaan sihat bersama keluarga yang tersayang.  Pada entry pada kali pihak Al Hidayah ingin memaklumkan satu program perkemahan akan diadakan pada cuti sekolah yang akan datang.  Program ini di namakan "KEM CUTI SEKOLAH FIKRAH HASANAH" yang akan di adakan di TS FISHVAGE AGRO KEM, Pt. Yani Yom Peng, selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 29 Nov ~ 1 Dec 2013.  Program ini terbuka untuk murid-murid yang berumur dari 8 tahun ~ 14 tahun.  Sekian Terima Kasih.