Selasa, 11 Februari 2014

TUISYEN BAHASA INGGERIS SINTETIK FONIK @ AL HIDAYAH ELC

"TAHUKAH ANDA? ANAK ANDA MAMPU MENGUASAI BAHASA INGGERIS SEAWAL UMUR 4 TAHUN DAN SEBELUM UMURNYA 5 TAHUN, DIA SUDAH MAHIR MEMBACA. SIAPA TAK SERONOK MELIHAT ANAK-ANAK PANDAI MEMBACA?"

          Di Al Hidayah Early Learning Centre (ELC), kami menawarkan Tuisyen Bahasa Inggeris yang menggunakan Sistem Sintetik Fonik yang merupakan suatu kaedah 'cepat membaca' di mana kanak-kanak akan diperkenalkan kepada setiap huruf melalui bunyinya, kemudian huruf-huruf tersebut digabungkan sehingga membentuk bunyi perkataan dengan tepat dan mudah. Hasilnya, kanak-kanak yang diperkenalkan kepada sistem ini akan dapat membaca setiap buku Bahasa Inggeris dengan lancar seawal setahun selepas mengikuti program pembelajaran ini, yang bukan hanya terbukti berkesan malah sangat interaktif dan menyeronokkan!


KELEBIHAN TUISYEN BAHASA INGGERIS SINTETIK FONIK @ AL HIDAYAH ELC
  •  Kaedah & material pembelajaran yang menarik dan sistematik. (Flashcards, DVD, workbooks, plus lots of singing and bodily movement)
  •  Jumlah maksimum 15 pelajar/kelas bagi menggalakkan penyertaan kolektif dan pada masa yang sama dapat memberikan perhatian menyeluruh kepada setiap pelajar.
  • Guru yang berkebolehan dan sentiasa bersemangat serta mempunyai azam yang tinggi untuk melihat anak didik berjaya.

JADUAL WAKTU TUISYEN BAHASA INGGERIS SINTETIK FONIK @ AL HIDAYAH ELC

(WEEKDAYS) *KELAS BERMULA PADA 10 FEB 2014*
 Isnin (Monday)
  • 2.30 pm - 4.00 pm (4 - 6 tahun)
  • 4.00 pm - 5.30 pm (7 - 9 tahun)
Rabu (Wednesday)
  • 2.30 pm - 4.00 pm (4 - 6 tahun)
  • 4.00 pm - 5.30 pm (7 - 9 tahun)
(WEEKEND) *KELAS BERMULA PADA 14 FEB 2014*
Jumaat (Friday)
  • 9.00 am - 10.30 am (4 - 6 tahun)
  • 10.30 am - 12.00 pm (7 - 9 tahun)
Untuk makluman lanjut;
Sila hubungi, Pn Fadilah ( 019 7286407) atau layari, Facebook : Al Hidayah Early Learning Centre









Tadika & Taska Al-Hidayah Educare 2014

          Assalammulaikum dan salam sejahtera...Di harap anda semua sihat sejahtera bersama keluarga yang tersayang.  Sudah agak lama juga blog ini tidak di kemaskini, maklumlah sibuk sedikit.  Alhamdulillah Tadika & Taska Al-Hidayah pada tahun 2014 semakin bertambah selamat dan ceria untuk anak-anak, para pelanggan kami dan juga kepada para pekerja Al-Hidayah Educare sendiri.  Dengan pengubahsuaian dan sistem yang lebih baik...kami warga kerja Al-Hidayah akan meningkatkan usaha dalam mendidik, membimbing dan menjaga anak-anak anda semua.  Semoga segala usaha kami di Redha, di Berkati dan di Rahmati dari Allah s.wt.  Sekian Terima Kasih.